Geng Gajusss n Gojess ;)

Sunday, February 5, 2012

berhenti menangis

disini tempatku meluahkan segala yang terbuku dihati...hati ini ingin menangis semahu-mahunya...hati ini sangat pilu bila mengenangkannya...

apa sebenarnya yag terjadi..apa sebenarnya yang menjadikan dirimu berdiam diri..orang kata berdiam diri lebih elok dari berkata-kata tetapi bagi aku bila berdiam diri ia menyiksa jiwa aku sendiri...tiada khabar berita..tiada mesej atau call darinya..aku hanya dapat lihat dari jauh melalui fb sahaja..

Ya ALLAH aku tidak mahu perkara lama berulang kembali..aku tidak mahu berpisah dengannya..cukuplah sekali dengan tindakan bodoh aku melepaskannya dulu..Ya ALLAH,hanya padaMU aku meminta pertolongan..KAU bukakanlah pintu hatinya,lembutkan hatinya untuk berbicara denganku..berikanlah jalan penyelesaian yang akan membawa kebaikan..buang sifat ego,marah,benci yang ada pada kami...

apapun kesalahanku,aku minta maaf..hanya itu yang mampu kuucapkan..andai jodoh itu masih ada aku bersyukur Ya ALLAH..andai sebaliknya aku redha walaupun hati ini terluka..maaf tuk segalanya..