Geng Gajusss n Gojess ;)

Saturday, April 9, 2011

Titian hidup


Didalam arus kehidupan aku meneliti disetiap sudut ranjau hidupku. Perjalanan hidupku yang penuh dengan onak liku yang aku sendiri sukar tuk mengahrunginya. Bukan ku tak reda dengan takdir yang sememangnya sudah tertulis buatku. Aku Cuma mahu mengecapi sebuah kebahagiaan yang tidak pernah aku rasai sepanjang hidupku ini. Dimata kasar orang dapat melihat kegembiraanku. Kerna aku lebih suka memendam rasa dari membiarkan orang bertanya itu dan ini kepadaku. Namun aku tahu itu bukanlah suatu jalan yang mudah. Kerna semakin aku pendam perasaan itu semakin lelah otakku memikirkannya. Sememangnya teman adalah tempat terbaik tuk kita luahkan perasaan. Tapi bukan semua kita boleh kongsi bersama.

Kadangkala aku sendiri bingung dengan diriku sendiri. Seorang yang tidak tetap dengan pendirian hidup. Aku merasakan diri aku ini begitu bodoh. Aku meletakkan diri aku yang paling bawah. Terasa begitu kerdil aku tika memikirkan itu. Hatiku pernah berkata “mengapa aku dilahirkan didunia kalau aku dilahirkan hanya tuk menyusahkan orang-orang sekelilingku”. “mengapa aku dilahirkan andai tiada apa yang hendak dibanggakan”. Apakah ada sekelumit kebahagiaan untukku selepas ini. Andai masa dapat berputar semula inginku ubah diriku yang dulu menjadi orang yang berguna.

Cekallah dirimu menghadapi segala,
Tabahlah hatimu mengharungi jalanmu,
Majulah kehadapan,
Jangan kau kekasali perbuatan,
Jadikan ia sebagai pengajaran,
Moga kau telus dimasa hadapan…

0 org sdg potpet! potpet!!: