Geng Gajusss n Gojess ;)

Friday, January 20, 2012

the end of Contract


bila sebut pasal kontrak,aty nie memang melonjak2 la sebab akhirnya bebas tanpa ada sebarang perjanjian dengan mana2 pihak...bukan x best keje kat kedai cermin mata nie,bab relax memang sentiasa ada dalam kamus hidup ku...bab kawan,fi ok jew..tade apew yang nak dikesahkan...bab duit itu menjadi satu hal sebab sekarang duit memang menjadi keutamaan..bab karenah customer itu diantaranya..

bukan senang nak cari kerja sekarang nie kan...kawan2 pon ramai yang menganggur lagi..kerajaan mahupun swasta,semua orang berebut2 nak dapatkannya..jadi,bagi orang macam fi nie yang sememangnya banyak kelemahan,mampukah untuk melepasi dan mendapatkan jawatan itu..hurrmmmm...mungkin boleh jika itu sememangnya untuk kita..

fi sememangnya nak mohon kerja lain..tapi ada satu sebab fi x mohon...fi takut untuk ditemuduga..pertama kali ditemu duga waktu nak apply kerja pentadbir pos malaysia,memang tatau apa2 dan tatau macam mana rasanya temu duga..aty memang berdebar2,perasaan bercampur aduk macam masak kari kepala ikan..yummyy...fi x petah bercakap n fi memang tak boleh disergah...x kire la orang 2 x sengaja atau sengaja tinggikan suara aty nie cepat betul terasa...memang nangis la...susah betul nak kawal perasaan tu..malu memang malu sebab nangis depan orang2 yang temuduga fi..tapi nak wat cam ne,dari situ fi tau fi memang takkan dapat..semalam pon macam tu jugak..customer nie marah2,mengamuk sampai mintak balik duitnya,dalam aty hanya Tuhan sahaja yang tau,benteng kesabaran fi macam mane..tapi dipendam,sampai la pakcik 2 pergi airmata tanpa dipinta terus mengalir..sedih,dengan cara pakcik macam 2...ary 2 mntk lain,ary nie mntk lain..memang kecik aty..

papew un,semua itu adalah ujian untuk kita,bukan untuk menyerah kalah,tetapi untuk menjadikan kita lebih kuat menghadapinya...wat masa nie,apply mane2 job dulu..insyaallah ada rezeki ada la..if bos ade bagi kontrak baru dengan gaji yang lebih dari gaji sekarang,insyaallah fi sambung lagi...janji kerja...

Wednesday, January 18, 2012

Beranak dalam Perigi


isk3...macam tade tempat lain jew nak beranak..dalam perigi jugak die nak beranak...beranak la kat hospital ke,klinik ke,dalam uma ke,belakang uma ke,halaman rumah ke..ini x,dalam perigi jugak die nak beranak..anak kembar 4 pulak 2..haih...nasib baik la x mati...kalau mati mau nak kena report kat balai..huu...

eh3....tayah la gubra sangat....da xde papew da..semuanya ok....semuanya selamat termasukla emaknya sekali...laki nye mane entah...tatau nak tanggungjawab bawak tempat yang lebih selesa ke..ini tidak dalam perigi jugak yang die berkenan..nasib baek x ujan..kalau ujan mau mati lemas.jadi bangkai kang....

..
...
...
..
..
..
..
..
.
..
..
..
..
..
..
..



ngeh3....fi tak menipu k...fi citer pasal kucing fi..lalalalalala.....sapew rase dirinye tertipu maaf la ye..ngeee..peace.. ^_^

Tanda2 cinta Itu SemakiN Pudar


♥♥ Malas angkat telefon..

♥♥ Ada apa-apa hal asyik cakap malas, malas, malasss je..... 

♥♥ Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..mcm lar dia YB..!
♥♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
♥♥ Mula mengelakkan diri dari bejumpa..
♥♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
♥♥ Bila dah janji date, tapi lupa nak datang.alasan lapuk diberi.lupa larr.tertido..
♥♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan......

mungkin segelintir hubungan ade yang berlaku macam nie right..papew jage la hubungan yang ada sebaik mungkin...jodoh pertemuan ditangan Tuhan,tapi kalau kita berusaha,berdoa insyaallah Tuhan panjangkan jodoh kita dengan pasangan kita...

Tuesday, January 17, 2012

Flower Boy Ramyun Shop



erggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!......giler sekejap...baru jew abes tengok citer Flower Boy Ramyun Shop...citer nye mule2 nampak macam borink jew,tapi da tengok pergghhh...dah la pelakonnnya handsome..huhuhuu...rugi la kalau x tengok..bagi orang yang giler korean drama la..orang yang x minat korean drama tapi terasa nak tengok silakan...

citer nie kadang2 wat geram jew..si cha chi soo ego tinggi sangat berbanding dengan kang hyuk yang sentiasa nampak baik sampai ending cter...cter giler2,macam2 komedi tengok aksi diowang..da last2 baru la sedih,.huuu..jangan ditanya nangis ke x..memang nangis sikit la..tapi tak de la sampai bengkak2 mata 2..huhu..

kalau korunk carik tajuk nie x jumpe,korunk bleyh cari tajuk lain..kat bawah nie sume ade...tapi kang hyuk memang handsome.huhu..


  • Drama Title: Flower Boy Ramyun Shop




  • Alternative Title: Flower Boy Ramen Shop / 꽃미남 라면가게 / Kkot-mi-nam Ra-myeon-ga-ge




  • Status: Ongoing




  • Genre: Romantic Comedy




  • Published Date: October, 2011




  • Total Episodes: 16




  • Casts: Jung Il Woo, Lee Chung Ah, Lee Ki Woo, Kim Shin Ah, Jeong In-Gi




  • Subtitle: English Sub




  • Summary:  This romantic comedy deals with "pretty boys," who with good looks and individuality, operate a ramen shop with lively college girls and experience the happenings of daily life




  • Lee Ki Woo (Kang hyuk)

    handsome..huhuhu..

    Lee Chung Ah (Yang Eun Bi)

    cute..gila2 punye..huhu..

    Jung Il Woo (Cha Chi Soo)

    hero yang memang giler2...
    kalau nak tau macam mane jalan citer nye kena lah tengok...boleh tengok kat sini..line laju pon laju..cume ade 1 part kena bukak kat youtube..english title kat sini..k la,selamat menonton.. ^_^

    Sunday, January 15, 2012

    MrLabuci



    wahhh...tadi malam mesti korunk tengok citer nie kan,...best giler ahh...rugi sapew yang tak tengok cter nie..fi ngan keluarga memang enjoy tengok...kelakar ade,sedih ade,mcm2 perasaan ada...ade plak si kecik comel yang petah bercakap nie memang menjadi contoh untuk kanak2 sekarang yang kurang sikap dan adab pada orang yang lebih tua dari mereka...suke tengok baju2 labuci yang dijahit...citer nie memang main kaler la...cantik2 sume...geram tengok....nie ade sinopsis pasal cite nie..rasenye kat tonton pon ade kuar citer nie...

    sinopsis
    Mr.Labuci mengisahkan Malik yang tidak bekerja dan mengambil alih tugas isterinya yang bekerja. Malik menjadi 'surirumah' dan menjaga anak mereka Mimi. Malik mengisi masa dengan mengubahsuai baju isterinya dengan menjahit labuci sehingga Zulaika mendapat idea merebut peluang naik pangkat dengan menghadiahkan baju berlabuci untuk mengambil hati isteri bosnya . Malangnya Malik tidak sempat menyiapkan jahitan labuci baju isteri bos Zulaika sehingga Zulaika meninggi suara kepada suami sendiri & menganggap Malik suami tak guna sebab membiarkan dia bekerja seorang diri.

    Ending dia, akhirnya Malik membuka butik pakaian berlabuci yang diberi nama "Sentuhan Kasih Zulaika" dan Zulaika memohon ampun kepada Malik kerana sikapnya yang merendahkan martabat suami.


    promo citer Mr Labuci

    Mr. labuci the best..

    Perbezaan Lens untuk Cermin Mata



    hi3...salam Ahad sume...mesti korunk best kan dapat dok kat uma,jalan2...uhh..alangkah bestnye...fi kena keje la..en nobita ade kat kampung,uhh..x dpt nak jumpe die...ary nie nak citer pasal lens..kebanyakan orang tatau tentang jenis2 lens yang ade kat Malaysia nie..setiap kedai lain jenis cerminnya..lain juga kualitinya...

    customer selalu komplen kedai A lens nye murah,cepat siap..kedai B mahal dah plak 2 lambat pulak siap..kena tunggu 2-3 minggu baru la siap...mcm yang fi kata tadi la,lens yang dijual x semestinya sama kualiti dan juga dari supplier yang sama..

    Material cermin mata di Malaysia kebanyakan adalah dari jenis plastik, kaca dan policarbonate. Tentu kita tertanya2 apa beza antara ketiga-tiganya.

    1) Plastik:Sejenis plastik khas digunakan untuk membuat cermin mata. Istilah optiknya CR39. Material jenis plastik ini berkemungkinan pecah (broke) atau retak (crack) sekiranya kita menggunakan bingkai jenis frameless (tiada bingkai) dan mudah chip (serpih) sekiranya menggunakan half-frame/rimlon (bingkai separuh).

    Tetapi kebarangkalian perkara di atas terjadi adalah rendah dengan penjagaan yang teliti. Selalunya jika insiden plastik pecah atau retak terjadi, kebanyakan kedai cermin mata tidak melayan sebarang claim dari pelanggan (customer). Adalah baik sekiranya customer meneliti cermin mata yang baru dibeli/ditempah sebelum keluar dari kedai cermin mata.

    Sekiranya claim tempoh kurang dari seminggu, ada segelintir kedai cermin mata masih membantu dengan penggantian cermin secara percuma tetapi tidak semua kedai yang prihatin.



    2) Kaca:Sejenis kaca khas digunakan untuk membuat cermin mata. Selalunya tidak digunakan untuk half-frame dan frameless kerana material sangat rapuh dan tidak boleh dipasang. Claim untuk cermin kaca juga adalah seperti cermin plastik yang saya terangkan diatas.

    contoh kaca macam Ray-Ban..

    3) Policarbonate:Policarbonate ialah plastik tahan pecah yang selalunya digunakan untuk cermin pada kapal terbang etc. Plastik jenis ini adalah teknologi paling baru diperkenalkan dalam bidang optik. Bagi pelangan yang membeli cermin jenis ini sebenarnya anda tidak perlu bimbang tentang insiden pecah kerana kualitinya dijamin tidak akan pecah.


    Tetapi jika anda terlalu lasak sehingga cermin tak pecah pun boleh pecah (hmmm... macammana tu?), anda tak perlu bimbang... pergi saja ke kedai cermin mata yang anda telah kunjungi itu dan minta claim. Jika tempoh masih dalam warranty period (selalunya setahun), mesti tuntutan akan dilayan.

    Sebagai seorang pengguna cermin mata yang setia, tentu dirasakan tidak adil sekiranya pengusaha kedai cermin mata tidak menerangkan serba sedikit tentang produk yang dijualnya, paling tidak sekurang2nya terangkan jenis cermin mata yang diberikan pada kita.

    Kenapa kita perlu tahu? Kita sebagai pengguna ada hak bukan? Maksud saya bukanlah secara keseluruhan dan terlalu terperinci tetapi mengetahui apa yang kita perlu ketahui sahaja. Dengan kata lain, hanya bahagian kita sebagai pengguna.




    ************************

    Dalam kes di atas, selain dari kes pecah, terdapat 2 perkara yang perlu ketahui iaitu multicoated dan multifocal.

    Apa beza antara kedua2nya?!! (Pening?... Jangan bimbang, saya cuba terangkan serba sedikit).


    • Multicoated (MC)

    MC ialah lapisan yang berada di bahagian atas atau bawah cermin. MC ialah lapisan yang memberi perlindungan kepada mata daripada silau dan memberikan mutu visual (penglihatan) yang maksima dengan memberikan kepuasan dari segi visual.

    Bagaimana ingin melihat lapisan MC di cermin mata anda?

    Perhatikan pada bahagian atas/depan cermin mata anda, jika kelihatan warna hijau atau biru itulah yang dinamakan lapisan MC. Jika apa yang anda lihat adalah sebaliknya, bermakna cermin mata yang anda miliki adalah dari jenis biasa sahaja (ie. bukan MC).
    Lapisan MC ini boleh dibuat pada semua jenis cermin termasuk plastik, kaca atau policarbonate.

    Harus diingat lapisan ini adalah berbeza dari lapisan polaroid, UV400, EMI (komputer) atau lain-lain (akan diterangkan kemudian).



    • Multifocal (MF):

    MF ialah jenis cermin yang digunakan untuk membantu mata anda melihat jarak jauh, dekat dan pertengahan. Sesuai bagi mereka yang banyak menggunakan komputer.

    Selalunya penggunaan MF bermula apabila anda sudah memiliki masalah rabun dekat (presbiopia). Presbiopia terjadi disebabkan elastisiti otot siliari menurun disebabkan peningkatan umur (selalunya 40+).

    Kenapa MF mahal?

    MF adalah berbeza dari cermin mata Single Vision (yang digunakan untuk melihat pada satu jarak penglihatan sahaja) kerana MF adalah untuk melihat dari pelbagai jarak. Ia seperti seolah-olah kita menggunakan 3 cermin mata dalam satu masa. Terdapatnya perbezaan harga MF di pasaran kerana terdapat perbezaan dari segi kualiti cermin MF (akan diterangkan kemudian).
    •  Bifocal (BF)

    yang nie macam gambar kat atas..bawah dia ada bulat..yang ni khas untuk warga emas...lens nya ada dua power..jarak untuk tengok jauh dan bahagian bulatan untuk tengok jarak dekat...sesetengah orang mereka tak reti guna lens nie sebab bulatan 2 macam menganggu penglihatan mereka..jadi mereka lebih selesa menggunkan lens multifocal...harga lens BF nie lebih murah...

    sebagai pengguna anda boleh menilai mana yang lebih baik dan buruk..harga mahal kualiti x elok memang rugi la kan..nilailah sesuatu itu dengan lebih bijak...

    Friday, January 13, 2012

    Stesen Radio Macam Takde Lagu Lain

    entry kali nie bukanlah entry cari pasal kew pe..just nak share apew yang fi rase...kalau korunk dengar radio2 kan mesti dengar lagu yang same jew kan....contohnya sekarang nie asik maenkan lagu
    najwa latif
    1- cinta muka buku
    2- carta hati

    fourteen
    1- berdua bersatu

    kru
    1- tiga kata
    nie antara yang selalu jugak la diulang banyak kali..dalam sehari tatau bapew kali dengar..ade lagu lagu nera,3 suara (jac,ning,shila),amir af9 n latest lagu yang memang fi pon minat...

    hoyeahh...lagu2 ombak rindu sekarang asik kuar je kan..may b sebab cternye masih hangat macam pisang goreng lagi kot..2 yang kua jew...

    lagu2 yang asik sangat kuar nie bagi orang dengar sampai boleh hafal lirik lagunye bukanlah tak best...tapi pada fi,kan banyak lagu kat dunia nie..artis2 malaysia pon ramai yang wat lagu..kalau asik lagu yang sama memang makin popular la artis2 tue..artis yang kat bawah2 semua macam nyawa2 ikan...kesian diorg..

    lagi satu,jangan asik nak mainkan lagu seberang jew..malaysia memang gemar mainkan lagu seberang,orang seberang ade ke maenkan lagu kiter..kalau ade pon sikit jew,x mcm dekat malaysia nie...

    bukan nak berceramah tetapi sekadar beri pandangan..tak salah kan kiter sebagai rakyat malaysia menyuarakan pendapat kita..ngeh3...majukanlah industri muzik tanahair..

    psstt : kalau rase nak cari artis baru,meh fi tawarkan diri..ngeh3...

    Wednesday, January 11, 2012

    Tahun 2 bukan 2 Tahun


    ini,adik fi yang bongsu...sorang jew la hero dalam keluarga kami..huhu..baru darjah 2..die nie degil sikit...yelah,laki kan...tau2 jew la..memang kalau x kena marah dulu x bergerak la...

    sejak sekolah nie,rajin la nak belajar...kalau x kejenye maen ajew...die dengan adik fi yang perempuan memang tak bleyh dekat..mesti nak gaduh jew kejenye..tatau la kenapew...suke bebeno menyakat..nanti da nangis tatau nak pujuk balik..haih..teruk betul..huhu

    takde topik nak citer sebenarnye...sapew2 nak jadi adik ipar fi meh sini kiter kenal2 dulu..kih3...


    konon paling rajin la nie..huhuhu...
    ehh..nie bukan...
    nie jadual adik fi...
    tengok cikgu die kedekut betul kecik je jadualnye..

    Pinjaman ASNB


    hi3...kiter bersua kembali dalam blog efi...hee.ary nie fi cuti,siang tadi nak update tapi line slow sangat..tak dapatlah nak update...siang tadi pun busy sikit..pagi tolong mak kemas bilik,bersihkan sawang2 yang entah brapew tebal korunk bayangkan la..huuu...dekat 2 jam jugak la mengemas..

    dalam kol 10.30 am tu terus siap2 nak kuar p MAYBANK..banyak jugak nak kena setel nak wat loan ASNB nie..fi memang takde akaun MAYBANK,jadi kena la wat dulu buku akaun MAYBANK..

    fi sebenarnya bukan paham sangat pasal ASNB nie..fi tau bulan2 kiter bayar,tiap2 tahun kita akan dapat dividennye....dividen ikut berapew banyak loan yang kiter buat...fi tak buat banyak la...cukup la tuk menampung hidup fi..ade la simpanan peribadi tuk diri yang memang tak boleh pegang duit..mesti keluar macam air jew..huhuhu...

    kalau dari dulu pikir panjang,insyaallah sekarang nie takdelah tersepit sangat hidupnya...ade la duit sikit2...2 la,otaknye pikir nak enjoy jew...keje sebulan dapat gaji tak sampai sehari pon boleh dihabiskan...

    tahun nie azam baru..jadi kena pegang janji 2..banyak perkara yang nak dibuat..jadi pasal duit memang kena pikir betul2....hidup haruslah berjimat cermat..barulah hidup akan menjadi lebih selesa.k la,nak makan...lapar sudah...moh kiter makan...bubye.. ^_^

    Tuesday, January 10, 2012

    Rindu!!!

    haih..jangan ditanya pada siapa yang ku rindu...pastinya rindu terbuku kepada seorang insan yang bergelar lelaki..yang telah membuat diri ini sentiasa merindui..yang membuat diri ini terasa disayangi selain TUHAN dan Keluargaku...

    faktor berjauhan sememangnya penyebab utama diri ini merindui..tapi banyak juga kelebihannya bila berjauhan...
    • takdelah orang jaja fitnah ( seciter RM2..satu citer RM2..sapew nak dengar)
    • elak maksiat ( maksiat itu meluaskan..anda orang Islam juga mesti taw kan..)
    • tak kena marah dengan mak ( selalu sangat jumpe nanti mak bising...huu..)
    yang lain2 korunk fikirlah sendiri..hehehe...

    benda2 nie memang la dielakkan...lagi2 orang fitnah..orang2 yang suke jage tepi kain orang nie taw2 jew la,kalau da wat citer banyak tokok tambah..nanti benda yang x dibuat,direka2 cerita...sangatla x suke perkara2 mcm nie..sedih memang la sedih..tapi nak wt cam ne kan,mulut sendiri kita boleh la tutup,tapi mulut orang kiter terima dengan redha jew la dengar segala tohmahan yang menimpa diri kita walaupun kita tak lakukannya..

    papew pon fi anggap semua 2 dugaan..berjauhan nie sedikit sebanyak memberi kepercayaan kepada keluarga fi tuk percaya pada nobita..hopefully nobita diterima dalam keluarga fi satu hari nanti..insyaallah jika diizinkan Tuhan daripada pasangan bercinta kami mahu sampai kegerbang perkahwinan..amiiinn...
    hanya dia satu2nya yang aku ada..
    moga hubungan ini tidak tamat sampai disini..
    kekalkanlah hubungan kami..
    amiinn...
    miss u damn so much..

    1st GA 'If I'm Student'


    ary nie nak join GA dari cik eyza..die wat GA berkaitan skola...apew tunggu lagi,jom la kiter join...hadiah menarik taw..


    If I'm student...
    1. andai fi seorang pelajar, fi nak tebus balik kesilapan lalu...nak belajar betul2 sampai kemenara gading..ingin capai cita2 tuk memiliki segulung ijazah ditangan...ingin menggembirakan hati mak dan abah...ingin jadi contoh bagi adik2 supaya berjaya dan mendapat pekerjaan yang lebih baik..
    2. andai fi seorang pelajar, fi nak bersama semula dengan kawan2 lama yang fi sayang...kawan susah senang,kawan yang sering bergelak ketawa bersama2....
    3. andai fi seorang pelajar, fi teringin nak jadi salah seorang pelajar terbaik...teringin nak naik atas pentas..huu..
    4. andai fi seorang pelajar, fi nak elak dari cinta monyet yang wat manusia hanyut dan mengabaikan pelajaran..
    5. andai fi seorang pelajar,  fi nak paw budak2 sume..keh3(gurau jew...tak termasuk dalam senarai ok..)
    da la,merepek da nie...huhu...
    nak tag naurah n cik bunny