Geng Gajusss n Gojess ;)

Sunday, January 15, 2012

Perbezaan Lens untuk Cermin Mata



hi3...salam Ahad sume...mesti korunk best kan dapat dok kat uma,jalan2...uhh..alangkah bestnye...fi kena keje la..en nobita ade kat kampung,uhh..x dpt nak jumpe die...ary nie nak citer pasal lens..kebanyakan orang tatau tentang jenis2 lens yang ade kat Malaysia nie..setiap kedai lain jenis cerminnya..lain juga kualitinya...

customer selalu komplen kedai A lens nye murah,cepat siap..kedai B mahal dah plak 2 lambat pulak siap..kena tunggu 2-3 minggu baru la siap...mcm yang fi kata tadi la,lens yang dijual x semestinya sama kualiti dan juga dari supplier yang sama..

Material cermin mata di Malaysia kebanyakan adalah dari jenis plastik, kaca dan policarbonate. Tentu kita tertanya2 apa beza antara ketiga-tiganya.

1) Plastik:Sejenis plastik khas digunakan untuk membuat cermin mata. Istilah optiknya CR39. Material jenis plastik ini berkemungkinan pecah (broke) atau retak (crack) sekiranya kita menggunakan bingkai jenis frameless (tiada bingkai) dan mudah chip (serpih) sekiranya menggunakan half-frame/rimlon (bingkai separuh).

Tetapi kebarangkalian perkara di atas terjadi adalah rendah dengan penjagaan yang teliti. Selalunya jika insiden plastik pecah atau retak terjadi, kebanyakan kedai cermin mata tidak melayan sebarang claim dari pelanggan (customer). Adalah baik sekiranya customer meneliti cermin mata yang baru dibeli/ditempah sebelum keluar dari kedai cermin mata.

Sekiranya claim tempoh kurang dari seminggu, ada segelintir kedai cermin mata masih membantu dengan penggantian cermin secara percuma tetapi tidak semua kedai yang prihatin.



2) Kaca:Sejenis kaca khas digunakan untuk membuat cermin mata. Selalunya tidak digunakan untuk half-frame dan frameless kerana material sangat rapuh dan tidak boleh dipasang. Claim untuk cermin kaca juga adalah seperti cermin plastik yang saya terangkan diatas.

contoh kaca macam Ray-Ban..

3) Policarbonate:Policarbonate ialah plastik tahan pecah yang selalunya digunakan untuk cermin pada kapal terbang etc. Plastik jenis ini adalah teknologi paling baru diperkenalkan dalam bidang optik. Bagi pelangan yang membeli cermin jenis ini sebenarnya anda tidak perlu bimbang tentang insiden pecah kerana kualitinya dijamin tidak akan pecah.


Tetapi jika anda terlalu lasak sehingga cermin tak pecah pun boleh pecah (hmmm... macammana tu?), anda tak perlu bimbang... pergi saja ke kedai cermin mata yang anda telah kunjungi itu dan minta claim. Jika tempoh masih dalam warranty period (selalunya setahun), mesti tuntutan akan dilayan.

Sebagai seorang pengguna cermin mata yang setia, tentu dirasakan tidak adil sekiranya pengusaha kedai cermin mata tidak menerangkan serba sedikit tentang produk yang dijualnya, paling tidak sekurang2nya terangkan jenis cermin mata yang diberikan pada kita.

Kenapa kita perlu tahu? Kita sebagai pengguna ada hak bukan? Maksud saya bukanlah secara keseluruhan dan terlalu terperinci tetapi mengetahui apa yang kita perlu ketahui sahaja. Dengan kata lain, hanya bahagian kita sebagai pengguna.




************************

Dalam kes di atas, selain dari kes pecah, terdapat 2 perkara yang perlu ketahui iaitu multicoated dan multifocal.

Apa beza antara kedua2nya?!! (Pening?... Jangan bimbang, saya cuba terangkan serba sedikit).


  • Multicoated (MC)

MC ialah lapisan yang berada di bahagian atas atau bawah cermin. MC ialah lapisan yang memberi perlindungan kepada mata daripada silau dan memberikan mutu visual (penglihatan) yang maksima dengan memberikan kepuasan dari segi visual.

Bagaimana ingin melihat lapisan MC di cermin mata anda?

Perhatikan pada bahagian atas/depan cermin mata anda, jika kelihatan warna hijau atau biru itulah yang dinamakan lapisan MC. Jika apa yang anda lihat adalah sebaliknya, bermakna cermin mata yang anda miliki adalah dari jenis biasa sahaja (ie. bukan MC).
Lapisan MC ini boleh dibuat pada semua jenis cermin termasuk plastik, kaca atau policarbonate.

Harus diingat lapisan ini adalah berbeza dari lapisan polaroid, UV400, EMI (komputer) atau lain-lain (akan diterangkan kemudian).



  • Multifocal (MF):

MF ialah jenis cermin yang digunakan untuk membantu mata anda melihat jarak jauh, dekat dan pertengahan. Sesuai bagi mereka yang banyak menggunakan komputer.

Selalunya penggunaan MF bermula apabila anda sudah memiliki masalah rabun dekat (presbiopia). Presbiopia terjadi disebabkan elastisiti otot siliari menurun disebabkan peningkatan umur (selalunya 40+).

Kenapa MF mahal?

MF adalah berbeza dari cermin mata Single Vision (yang digunakan untuk melihat pada satu jarak penglihatan sahaja) kerana MF adalah untuk melihat dari pelbagai jarak. Ia seperti seolah-olah kita menggunakan 3 cermin mata dalam satu masa. Terdapatnya perbezaan harga MF di pasaran kerana terdapat perbezaan dari segi kualiti cermin MF (akan diterangkan kemudian).
  •  Bifocal (BF)

yang nie macam gambar kat atas..bawah dia ada bulat..yang ni khas untuk warga emas...lens nya ada dua power..jarak untuk tengok jauh dan bahagian bulatan untuk tengok jarak dekat...sesetengah orang mereka tak reti guna lens nie sebab bulatan 2 macam menganggu penglihatan mereka..jadi mereka lebih selesa menggunkan lens multifocal...harga lens BF nie lebih murah...

sebagai pengguna anda boleh menilai mana yang lebih baik dan buruk..harga mahal kualiti x elok memang rugi la kan..nilailah sesuatu itu dengan lebih bijak...

1 org sdg potpet! potpet!!:

Alexzhandrey said...

really suka...he. bukan apa.. 2 tahun lepas pernah keja di kedai cemin mata...cuma 6 bulan. 2 tahun berlalu...segala maklumat mengenai cermin mata dah terlupus dari ingatan. jadi..apa yg di ceritakan dlm blog ni amat2 la membantu sy menrefresh balik apa yg pernah diajar dulu....thanks...