Wednesday, August 24, 2011
sayangmu masih untukku
sayangku,
terima kasih ku ucapkan kerna hingga kini cintamu masih tertanam untukku..walau perpisahan yang telah kupinta sebelum ini,walau luka yang kuberikan padamu,namun kau cintamu untukku tidak pernah luput.betapa teguhnya cintamu padaku...
sewaktu kita berjauhan,sewaktu perpisahan telah diungkap,diri ini terasa sepi..terasa kehilangan..adakah bermakna aku sememangnya mencintaimu dan selama inii hanya egoku yang membataskan aku tuk punyai perasaan sebegitu terhadapmu..maafkan aku sayang...kupendam perasaan itu..kerna aku tahu aku tak mungkin akan dapat memiliki dirimu lagi..
menjalani ari-ari tanpamu memang memeritkan..aku kenali ramai lelaki..namun tidak ada yang mampu membuka pintu hati ini..walau serapat mana pergaulan dan kemesraanku dengan mereka,namun hatiku sudah tertutup untuk menjalani hubungan yang dinamakan CINTA..
walaupun kita tiada apa2 hubungan lagi,namun aku masih memerhati dan mengikuti perkembanganmu dalam diam..aku lihat ramai yang ingin mendampingimu..dalam kesedihan namun aku gembira apabila ada wanita yang akan membahagiakanmu..
hari demi hari..bulan demi bulan..hati ini semakin merindui..namun ku pendam perasaan ini..saban waktu kumemikirkan dirimu..namun aku tahu dan aku yakin aku takkan dapat memilikimu kembali..
tiba satu masa,kau menyatakan bahawa kau masih sayang dan cintakan aku..betapa aku gembira..tapi kegembiraan itu mungkin hanya aku yang merasainya..
satu hari,kenalanmu ingin mengetahui hubungan kita,dan aku menyatakan hal dan status sebenar hubungan kita..mungkin dia cemburu kerna aku terlalu rapat denganmu..hubungan kita juga semakin mesra dan itu yang menjadi tanda tanya pada sidia..aku tak mahu kecewakan sidia..kerna bila melihat dirinya,aku tahu dia begitu mencintai dirimu seperti mana kamu mencintai aku...
sayangku,aku gembira pabila aku tahu isi hatimu yang kamu masih mencintaiku..bila kau tanya aku sama ada aku masih sayangkanmu atau tidak..ingin sekali aku membalas cintamu itu dengan menyatakan bahawa aku masih menyayangimu ..betapa aku inginkan dirimu berada disisiku seperti dulu.
janji yang kita patri ingin sekali aku tunaikan..tapi aku tidak mengharap..andai Tuhan mengizinkannya dan dirimu sememangnya ditakdirkan untukku,aku bersyukur sangat2..kerna sememangnya itu yang aku harapkan..kata2 yang kita pegang "jodoh dan takdir itu ketentuan Tuhan.."
aku masih sayangkan mu dan inginku ungkapkan perasaan ini ditelingamu..namun bila aku mengetahui isi hati dia padamu,aku jadi keliru dan tidak mahu cinta yang dia semai untukmu berkecai bagai cermin yang retak menanti belah..
p/s : serahkan segalanya kepada Tuhan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 org sdg potpet! potpet!!:
Post a Comment