Geng Gajusss n Gojess ;)

Tuesday, June 21, 2011

seandainya kau tahu


saat ini aku memerlukan teman untuk aku meluahkan perasaan...perasaan yang aku sama sekali tidak mahu memikirkannya...perasaan yang sering membuat diriku dilanda resah dan kecewa..yang membuatkan orang di sekililing aku menerima musibahnya...

apakah perasaan aku sebenarnya..benarkah aku mempunyai perasaan terhadap dirinya..aku tidak mengenalinya..mengapa aku perlu mempunyai perasaan sebegini rupa..perasaan yang sering membelenggu diri aku untuk terus memikirkannya...aku keliru dengan perasaan aku sendiri...

pernah aku cuba untuk tidak berhubung dengannya...pernah aku cuba tuk melupakannya..tetapi semua itu tidak bisa membuatkan dia luput dari ingatanku..hati ini sentiasa menginginkan dia sentiasa ada disamping aku...tapi aku tahu semua itu tidak akan berlaku...

mencintai seseorang yang aku tidak kenali adalah suatu perkara yang diluar jangkaan aku..aku hanya tahu nama,rupanya,suaranya...tapi benarkah itu dia..adakah itu benar-benar dia...kawan aku selalu berkata padaku bagaimana kalau orang yang aku kenali itu bukanlah seperti apa yang dia katakan pada aku...

alangkah indahnya kalau kita kenal antara satu sama lain..dan alangkah indahnya jika kita memang ditakdirkan saling jatuh cinta dan hidup bahagia selamanya...namun segalanya hanyalah angan-angan di alam fantasi sahaja..walaupun kau selalu hadir dalam mimpi aku,namun bagimu ia hanyalah mimpi biasa..namun bagi aku walaupun di alam realiti aku tidak dapat memilikimu tetapi dialam fantasi kau telah membahagiakan aku...

seandainya aku tidak mengenalimu,pasti perasaan ini tidak akan membelenggu diri aku..

p/s : pjg la plak entry kali nie...tiada kena mngena antara hidup n mati..heee...kalau penat nak bace sila klik button (X)...sekian... ^^

0 org sdg potpet! potpet!!: