Geng Gajusss n Gojess ;)

Thursday, December 15, 2011

jangan bersedih hati

 



sejak akhir2 nie,hati selalu rase sedih....air mata mengalir tanpa dipinta...walaupun wajah jelas terpancar kegembiraan,namun ia hadir hanya tuk seketika..kemudian ia akan bertukar kepada wajah yang sugul,muram...hanya termenung menanti jawaban yang tak pasti..

inilah realiti kehidupan yang harus dilalui..inilah perasaan yang sememangnya suda sebati dalam diri..sedaya upaya telah dicuba tuk tidak menumpahkan walau setitis pun airmata,tetapi ia tetap juga akan mengalir...hati terlalu sayu bila terkenangkannya...sesibuk mana pun aku ketika itu,fikiranku tetap memikirkannya..

sudah beberapa hari dia ada disini...jumpa keluarga dan kawan2nye..dan aku,hanya terus menanti dengan harapan dia akan menemuiku ary ini..sejak dia pulang hinggalah kesaat ini,penantianku hanyalah sia2...tiada kabar berita...kadangkala aku berfikir sudah tiada tempat lagikah aku dihatinya...adakah hanya aku yang merinduinya..dan semalam,berlaku perkara yang tidak diingini yang begitu aku ingin elakkan..tetapi kerana tetrlalu mengikut kata hati,yang mengungkit kisah lalu membuatkan hubungan kami sedikit goyah...


seperti selalu,aku mengharap orang-orang yang lalu lalang memenuhi ruang jalan raya itu salah satu darinya adalah kamu..tetapi seperti jangkaanku hingga ke hari ini bayang2mu juga tidak dapat aku jejaki...bodohkan aku...menanti dengan harapan kamu akan muncul dihadapanku..bodohkan aku kerana terlalu berharap kamu ada disamping aku ketika aku memerlukan..bodohkan aku kerana aku tidak pernah membahagiakan kamu..

aku hanya berharap setiap kali kamu balik kamu takkan lupa untuk menjengukku..walaupun tidak dapat meluangkan masa dengan lama tetapi aku harap sangat dapat lihat kamu..dapat lihat diri kamu walaupun seminit dua sudah cukup tuk wat hatiku ini kembali gembira...hanya itu yang aku inginkan..

dan esok,kamu akan pulang..tuntutan kerja membuatkan kamu tidak dapat bercuti terlalu lama...dan aku,hanya menanti dan terus menanti walau aku sendiri tidak pasti bila penantianku itu akan dihiasi dengan dirimu...andai masa mengizinkan aku untuk terus bernafas dimuka bumi ini,aku akan terus menanti kehadiranmu...namun,andai aku pergi dulu sebelummu,penemuan terakhir kita adalah hari yang paling terindah dalam hidupku iaitu waktu kamu menyambut hari jadiku..sungguh aku amat gembira ketika itu..dan aku bersyukur seandainya itu adalah kenangan terakhir buat kita berdua..

terima kasih untuk segalanya..ingatlah yang aku akan sentiasa mencintaimu hingga akhir nafasku..

1 org sdg potpet! potpet!!:

Anonymous said...

sabar ye kak fi...think positive k? senyum!