Geng Gajusss n Gojess ;)

Thursday, November 24, 2011

aku harap tiada hari esok

 

pernah terlintas dihati mengapa aku perlu merindui seandainya aku rasakan aku tidak penting dalam hidupnya..dia hadir seketika cuma dan segala masaku yang kosong aku biarkan berlalu dengan harapan dia hadir tuk ada disamping aku..tapi aku rasakan penantianku hanya sia-sia..

sungguh tiap saat aku merinduinya..aku berharap dia selalu ada..ada disaat aku memerlukannya..ada disaat aku berharap pabila aku inginkannya dia terus muncul..kesibukannya mungkin membataskan segalanya..bukan aku tidak faham dengan tugasnya..aku faham...tetapi bukan sepenuh masanya dia sibuk..

aku sepi tanpanya..screen handphone juga aku pandang sepi..senantiasa menanti kehadirannya..boleh dikira berapa banyak SMS yang dihantar..boleh dihitung berapa kali aku mendengar suaranya..diri ibarat sepohon kayu yang mengharap dirinya ditumbuhi sehelai daun agar ia nampak sempurna begitulah aku yang mengharap dia ada disaat aku membutuhkannya kerana kehadirannya dapat menggembirakan hatiku senantiasa..

aku berharap tiada hari esok..pabila datangnya hari esok dunia kami tidak berseri seperti semalam..dunia semalam yang penuh gelak tawa,kemesraan,keceriaan hilang begitu sahaja tatkala hari baru tiba...semalam dirinya sentiasa cuba tuk gembirakan aku namun hari ini dirinya terus menyepi dan menyepi dan menyepi..

kadang aku rasakan adakah aku telah menyakiti hatinya?adakah aku telah melukakan hatinya?kesalahan apa yang telah aku lakukan kali ini?mengapa dia mendiamkan diri dan terus menyepi dan meninggalakn tanda tanya..aku sendiri kadangkala tak mengerti dengan dirinya...dirinya sentiasa berubah..perasaannya sentiasa tidak sama..aku keliru..

hari-hari yang aku lalui sentiasa berendamkan airmata..aku tidak tahu mana duduk salahku..mungkin hanya emosi aku,tetapi sejak akhir-akhir ini,dirinya begitu berbeza berbanding sebelumnya..mungkin hanya aku yang merasakannya..dan dia hari-harinya sentiasa gembira walaupun tanpa aku..

aku serahkan segalanya pada TUHAN,moga KAU kuatkanlah hatiku ini tuk menghadapi dugaan-dugaan seterusnya..aku insan yang lemah..kadang aku menangis kerana aku harap masalah yang aku lalui dapat dihapuskan melalui tangisan..walau macam mana pun sikapmu terhadapku aku tetap mencintai kamu..

0 org sdg potpet! potpet!!: