Geng Gajusss n Gojess ;)

Tuesday, November 22, 2011

pelik ke kalau pelat???


selamat pagi semua...kedai2 kat Johor banyak yang tutup sebab ary nie ary jadi Sultan Johor kan..diri sendiri pon tak cuti..huu..tapi tapela,skurang2nye kerja gaji double,law dok uma pon tade benda nak wt..nk kuar member pon tade,bf pon jauh..musim ujan plak uh...huu...membebling sajew...~~

back 2 the topic,apew yang peliknye law pelat nie...dari apew yang fi taw la,dan dari pengalaman fi sendiri yang memang pelat jugak..haaa..bocor...nak sebut huruf  "S" pon tak betul..bunyi mcm angin jew kuar..haha..law nk bercakap 2 memang terabur la..huruf "D" jadi mcm double "D" jd bunyinye macam tebal jew..huruf "Z" pon same...malu,segan,sedih pon ade sebab pelat nie menyukarkan kita tuk bercakap n yang paling utama sekali jadi bahan gelak orang sekeliling..yela,sebutan diorg normal jew,tapi bg yang pelat nieyh memang jadi 1 bahan gelak pada diorg...lagi2 kalo yang pelat huruf "R"...fi pon ade la nganjing member2 yg pelat "R"..sebab huruf 2 kalo disebut memang jd "agh"...kadang2 lawak jugak mcm bf fi die pelat "R" memang selalu la kena..bukan nak kutuk tapi sajew nak hiburkan hati..hee..kadang
2 die marah jugak,tapi nanti fi yang kena balik..huu..

pernah jugak cuba nak betulkan balik sebutan2 huruf yang tak betul uh,tapi bila nak bercakap kena perlahan2 supaya perkataan yang kita tuturkan tu jadi ok..ala,tapi kejap jew 2,nanti kembali pada yang asal..perkataan yang member2 selalu bagi suh fi sebut..huu..memang tekanan betul nak menyebutnya...

"SAYA SUKA MAKAN SUP SESUMPAH"
huu...mentang2 pelat "S" abes disusun ayat yang banyak "S"...memang jenuh la nak menyebutnya...nak tergelak pon ade bila menyebutnya..tapi nak wt cam ne kan da memang mcm 2 nk kate pew lagi..lame2 x amek kesah da...

sebab apa sesetengah orang boleh jadi pelat..sebenarnya, beberapa persoalan akan muncul dengan masalah ini. Antaranya :
  • Macam mana anak saya boleh pelat ?
  • Boleh hilang ke pelat dia ?
  • Atau dia ada masalah lain ?
  • Lidah dia pendek ke ?
  • Keturunan ke ?
sesetengah ibu bapa diorg pikir pelat nie boleh hilang bila da besar nanti..tapi mcm kami nie da besar pon x hilang jugak...huuu..ade sedikit info fi jumpe kat website nie..jadi fi copy dari web die tuk bahan rujukan..

ada beberapa sebab yang menjadikan kanak-kanak pelat.

  • Masalah pendengaran
  • Masalah pada lidah
  • Masalah kekeliruan
  • Masalah pada saraf
Jika mereka pelat pada sebutan R, itu adalah agak biasa ditemui. Kebanyakannya juga kekal hingga dewasa.

Bagi sebutan K, ia biasanya akan pulih tetapi kita harus sabar menanti sehinga 5 hinga 10 tahun.

Tetapi, jika anak sangat sukar mengulangi kebanyakan perkataan yang dia dengar, anda perlulah membawa anak anda membuat pemeriksaan pendengaran. Ia akan memastikan samada anak anda mempunyai masalah gegendang telinga atau lain lain dalam erti kata lain kemungkinan TULI. Jika kita mendapat tahu lebih awal, pakar mungkin boleh memberikan rawatan atau pun membekalkan alat pendengaran. Anda tidak perlu malu atau takut dalam perkara ini kerana ia akan banyak membantu anak anda.

Ada juga pelat yang berpunca dari ukuran kepanjangan lidah. Mungkin golongan ini mengalami kesukaran menyebut D atau S. Dalam hal ini, komunikasi bukanlah masalah bagi mereka, cuma ada sesetengah huruf tidak dapat berbunyi dengan betul.

Masalah kekeliruan ini bermaksud, mereka tidak pasti dengan sebutan yang betul kerana keliru dengan sebutan ahli keluarga. Ada sesetengah ibu bapa suka mengajuk sebutan pelat anak mereka. Sebenarnya, anak kita tahu sebutan sebenar dan kita boleh saja berbual dengan dia seperti berbual dengan orang dewasa walaupun  anak itu baru berusia 1 tahun. Bila dia mendengar ibu bapanya menyebut perkataan dengan bunyi yang pelik, dia mungkin akan fikir, 'oh sebutan yang itu (pelat) betul'. Jadi, tidak perlulah kita cuba mengikut cara sebutan mereka yang salah, sebaliknya, selalu menekankan bunyi yang betul kepada mereka.

Bagi masalah saraf, ia sebenarnya boleh menyebabkan kanak-kanak itu susah untuk membentuk lidah untuk menyebut sesuatu huruf atau perkataan. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana masalah saraf ini kadangkala bukan pada satu perkara sahaja.

Perkara terbaik ialah, berjumpa pakar pada awal usia supaya tidak terlambat bila anak anda menghadapi masalah.

PETUA ORANG TUA :

Kalau ada anak pelat, ambil daun nenas lidah buaya, gosok pada lidah anak di pagi hari sambil berselawat.
(saya tidak pasti tentang ini, tetapi saya ada diberitahu oleh orang tua-tua di kampung.)
kalo da pelat2 jugak la kan..anggap ia sebagai satu keistimewaan yang orang len takde...papew un fi terima seadanya..PELAT ITU UNIK.. =)

3 org sdg potpet! potpet!!:

Faceboored. said...

Budak bilik sebelah aku pelat. Lidah dia pendek. Kadang kala susah nak faham masa awal perkenalan. Lama-lama, faham dah. Tu tak masuk yang gagap lagi. :)

Unknown said...

@Faceboored.
huhu..kan...kalo 1st time dgr org pelat ckp ntah papew jew yg die katekan..susah jd bgi kami y pelat nie nak terangkan balik...huu..mcm2 org ade kan.. =)

Sarghah said...

Saya pelat D jugak. Yeay. *high-five

:D