Aku masih gembira,
Gembira kerana apa,
Gembira dengan apa yang aku ada,
Gembira atas segalanya…
Aku masih gembira,
Walaupun aku tidak sampai kemenara,
Berdiri seiring dengan mereka,
Yang kini berjuang memiliki ijazah sarjana,
Walaupun aku tak berjaya,
Namun aku masih gembira,
Melihat rakan2ku berjaya
Mengecapi impian mereka dipuncak sana…
Aku masih gembira,
Bukan kerana kupunya cinta,
Cinta tak menjanjikan bahagia,
Kerna cinta juga ada dukanya,
Dan bukannya sentiasa bahagia,
Jika bahagia sentiasa bukanlah cinta namanya,
Aku akan lebih gembira,
Andai ikatan yg utuh dibina,
Yang lebih menjanjikan bahagia,
Untuk dikecapi bersama…
Aku masih gembira,
Andai ada yang tidak suka,
Kerna bukan semua menyukai kita,
Aku redha jika itu takdirnya,
Mungkin itu menjanjikan kebahagiaan padanya,
Namun aku tetap redha,
Kerana dia berjaya mengecapi kehidupan
Yang ingin dimilikinya,
Aku berdoa kejayaannya hingga kemenara,
Kerana itu yang ingin dimilikinya,
Walaupun cinta tidak dimilikinya,
Ku pasti suatu ary ia akan tiba jua,
Dan masa itu dia akan lebih gembira,
Kerana dia sudah berjaya mengecapi segalanya…
0 org sdg potpet! potpet!!:
Post a Comment