Melihat anak-anak kecil berkejaran sambil bergelak tawa keriangan membuatkan aku tersenyum sendiri melihat keletah mereka...terkenang aku pada zaman kanak-kanak yang ketika itu dalam fikiran hanya inginkan keseronokan...tiada keseronokan dan kegembiraan itu ku rasakan diriku kurang...kegembiraan yang dirasai dikongsi bersama teman2 sepermainan...alangkah indahnya zaman itu...andai masa dapat diundurkan semula aku mahu kembali ke zaman itu...yang tidak pernah tahu erti susah payah,yang tidak akan pernah fikir tentang segala masalah....kehidupan yang dipenuhi dengan keseronokan dan sentiasa bahagia dengan dunia kecilnya..bebas sungguh waktu itu...hati sentiasa gembira dan tidak pernah berduka...walaupun berduka namun hanya seketika..
itulah waktu yang paling ku suka...namun,segalanya hanyalah masa silam...yang sekarang aku perlu berjuang...walaupun ku berduka namun aku tidak mahu orang nampka semua itu... segalanya ingin ku tanggung sendiri... walaupun payah,aku kan tetap gagahi jua..biar orang melihatku sentiasa gembira dan tidak mahu mereka melihatku dalam keadaan terseksa...
kadangkala aku berduka,namun aku sembunyikan kedukaanku..walaupun mereka boleh melihat dari raut wajahku,xkan aku luahkan pada mereka kecuali jika aku buntu untuk menyelesaikannya...
kegembiraan yang kau lihat bukanlah kegembiraan yang sebenar..kerna disebalik kegembiraan itu tersirat seibu makna...
1 org sdg potpet! potpet!!:
bukan semua kanak2 yg bernasib baik. ada juga kanak2 yg tidak dpt kebahgiaan yg kita penah lalui.hanya yang penting, doakan kebahagiaan mereka. agar mereka bahagia di masa hadapan kelak :D
Post a Comment