Geng Gajusss n Gojess ;)

Tuesday, March 8, 2011

S.A.H.A.B.A.T

Sahabat,
Dimanakah kau,
Aku disini memerlukanmu,
Untuk meluahkan isi hatiku
Yang selama ini menghimpit diriku..

Sahabat,
Sukarnya aku untuk mencarimu,
Kerana kau satu dalam seribu,
Selebihnya juga sahabatku,
Tetapi bukanlah seperti dirimu…

Sahabat,
Kau sahabat dunia akhiratku,
Sentiasa ada disampingku,
Sentiasa member dorongan padaku,
Ketika senang dan susahnya aku,
Ketika kau dekat dan jauh denganku,
Kaulah sahabat sejatiku…

Sahabat,
Terima kasih atas kesetiaanmu,
Yang selama ini ada untukku,
Aku bersyukur kepadaMU,
Semoga KAU membalas jasa baik sahabatku…

0 org sdg potpet! potpet!!: