Geng Gajusss n Gojess ;)

Monday, March 14, 2011

"Memori Silam"


Di penjuru aku termenung… Suasana sepi dan gelap.. Hanya diterangi oleh sang bulan dan bintang yang berkerdipan… Memori silam datang memanggil.. Terkenang kembali segala peristiwa yang aku lalui setiap detik… Aku terkenangkan suatu memori.. Aku ketawa sendirian… Alangkah bahagianya jika masa boleh diputarkan kembali agar aku dapat kembali ke waktu itu… Sungguh.. Aku terlalu gembira disaat itu… Memori bersama orang-orang yang aku sayangi… Memori itu kian berlalu pergi… Tiba-tiba air mata ku mengalir tanpa sedar… Untuk apa aku menangis… Adakah kerna aku gembira kerana mempunyai memori yang indah… Sejujurnya Ya… Kerna aku memang gembira kerana masih ada kegembiraan sepanjang hidupku ini…

Tatkala memori silam menggamit kembali.. Air mata ku kembali mengalir… Kali ini bukan kerna memori yang indah… Memori duka yang telah aku buang jauh-jauh dari ingatanku agar aku tidak mahu mengingatinya kembali menerpa… Dikala itu aku terduduk lesu… Kurasa pandanganku semakin malap… Memori yang duka membuat aku jadi tidak tentu hala… Mengapa segalanya berlaku padaku… Meskipun aku mengelak ia tetap akan terjadi… Semakin aku jauh semakin kau dekat denganku… Bukan ku menidakkan takdir yang TUHAN berikan… Aku lemah untuk mengahadapi takdir yang KAU berikan untukku… Tapi sampai bila aku perlu terus begini… Aku perlu kuat tuk menghadapi segala dugaan yang KAU berikan untukku…

Memori.. Sememangnya kau terlalu indah untukku… Pahit manis dirasai.. Kenangan manis akan ku semat dalam ingatanku yang paling dalam dan akan ku ingat hingga akhir hayatku… Memori duka,aku tahu walau sejauh mana pon aku buang kau.. Kau akan datang kembali menerpa ke dalam ingatanku walaupun kedatanganmu tidak diundang… Aku tahu itu… Mungkin kau datang untuk mengingati aku dan jadikannya sebagai pengajaran untukku.. Aku akan kenangkan ia sampai bila-bila…

2 org sdg potpet! potpet!!:

Aryes Coulborn said...

betapa banyak byk kita cuba buang kisah silam atau kenangan pahit tuh..ia tetap akan imbas semula..
kenangan pahit yg kamu pernah lakukan takkn pernah pudar..
sbb itu la yang kamu pernah lakukan selama idup kamu

♥ D@y@n@ sy@zr€€n saje ♥ (!) said...

whottwhottt