Ketika kita berdua berbual mesra... Aku rasa begitu bahagia... Kerna kurasakan hanya ada kau dan aku didunia... Tiada manusia laen... Tiba satu masa kau terdetik ingin menyatakan sesuatu... Namun lidah kau kelu... Kau memanggil aku. Tetapi kau hanya berdiam sahaja... Aku menunggu dengan penuh sabar... Kerna aku juga ingin tahu apa yang ingin kau nyatakan padaku... Pabila kau meluahkan perasaan padaku... Aku terpaku... Lidah ku pula kelu untuk berkata-kata... Seperti ada batu didalam kerongkong ku... Kau menyatakan bahawa kau cinta padaku..
Pertama kali kau mengenaliku kau sudah jatuh hati padaku... Aku seakan tidak percaya dengan kata-katanya. Kerna terlalu awal untukku memberikan jawapan... Dengan sabar dia menanti dan tidak pernah putus asa untuk menawan hati ku agar menerimanya... Aku menganggapnya hanya sebagai teman... Sejujurnya aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan... Aku tidak mahu menerimanya kerna terpaksa atau hanya kerna belas kasihan... Kerna aku tahu jika aku menerimanya atas dasar itu, aku tidak jujur dengan diriku sendiri... Aku tidak mahu seperti itu... Sehinggalah aku mempunyai perasaan terhadapnya yang menyatakan aku juga menyimpan perasaan terhadapnya.. Yang menyatakan dia adalah untukku... Aku akan menerimanya dengan hati yang ikhlas.. Aku akan menyayanginya sebagai mana dia menyayangi aku.. Aku berserah kepada-NYA kerna aku sudah berusaha... Jodoh telah ditentukan... Masa yang akan menentukan segalanya...
0 org sdg potpet! potpet!!:
Post a Comment