Geng Gajusss n Gojess ;)

Monday, March 14, 2011

Lubuk hati paling dalam


Dari lubuk hatiku yang paling dalam Aku menyatakan rinduku padamu Rindu yang tidak pernah terhenti Merindui kaum Adam yang menyayangi,mencintaiku Siapakah dia insan itu??? Aku sendiri tidak pasti Mungkinkah kamu,dia atau mereka Siapa dia hanya TUHAN saja yang mengetahui Kerna dia yang mengetahui segala-galanya Aku hanyalah manusia biasa yang ingin disayang dan menyayangi Ingin dicinta dan mencintai Kerna itulah wujudnya perasaan Perasaan yang tidak ternilai yang hanya diberikan kepada manusia Perasaan kasih,cinta,sayang Tidak kira pada sesiapa Itulah indahnya perasaan yang dirasai oleh kita Alangkah indahnya jika kita hanya ada perasaan itu Tiada lagi kesedihan Tidak perlu ada perasaan marah,kecewa,benci Namun ia tidak akan berlaku kecuali dia sememangnya tiada perasaan seperti itu Tiada yang sempurna jika tiada perasaan Dengan perasaanlah timbul pelbagai peristiwa Itulah istimewanya tentang perasaan…

Dengan perasaanlah wujudnya alam percintaan Mencintai lelaki yang ALLAH berikan untukku Mungkin hanya tuk seketika namun aku gembira kerana dapat mencintainya dan rasa dicintai Inginku percepatkan masa ini agar aku dapat mencintai lelaki yang akan menjadi suamiku suatu hari hingga keakhir hayatku Siapa dia aku pun tidak pasti Kerna aku bukan punya kuasa untuk menentukan siapa yang akan menjadi pendampingku hingga la nyawaku terhenti Walau siapapun dia aku berterima kasih padanya kerna sudi menjadi peneman setiaku Setiap pengorbananmu tidak dpat kubalas Ku bersyukur kerna kau ditakdirkan untukku Dan ku harap hanya kaulah satu dan tidak akan ada yang lain yang akan dapat mengganti dirimu CIntaku hanya untukmu dan kuharap kau juga begitu Akan kutunggu dirimu walau ku tidak pasti siapa dan bila waktu itu akan berlaku…


5 org sdg potpet! potpet!!:

Anis | Jeje said...

wewitt akak fi saya jiwang lahh HEHE ! tp ayat ayat kak fi kat atas neh best lahh (:

Unknown said...

@Anis | Jeje

hehehe....ne da jiwang...tgh ade idea,taip jew la..huhuhu...thankz anis...syg kamu... <3

Anonymous said...

hehe.. jiwang la akak. :)

Unknown said...

@sukehatiaku

err~~
jiwang ke...
eleyh shafa pown sme gak jiwang..
huhuhuhuhu....

Unknown said...

errrr..semuanya jiwang bulan nie..asl nie..huhuuhuh