Geng Gajusss n Gojess ;)

Monday, May 16, 2011

"Apa Yang Aku Impikan"

Impian..suatu yang indah yang kita inginkan…yang kita mahukan ianya menjadi reality bukan hanya sekadar angan-angan…aku juga mempunyai impian..impian yang aku sendiri masih belum dapat dan tidak dapat melaksanakannya…

Impianku terhadap keluarga – aku inginkan sebuah keluarga yang diisi dengan kebahagiaan,keharmonian,kemesraan..cemburu menggamit apabila melihat kemesraan yang dimiliki oleh keluarga lain..bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku dapati sekarang..aku bahagia dengan kehidupan keluargaku yang sederhana..apabila dikatakan impian,pastinya aku inginkan sebuah keluarga yang bahagia seperti orang lain…bergurau senda,bergelak tawa,berkongsi segala masalah,semua yang keluarga lain miliki aku juga ingin seperti itu..aku bersyukur kerana masih mempunyai mak dan abah dalam keluargaku…aku juga bersyukur kerana mempunyai sepasang adik beradik yang aku sayangi…membawa mereka yang disayangi mengerjakan umrah adalah salah satu impian yang insyaallah aku ingin laksanakan…

Impianku terhadap cinta – semua orang ingin memiliki kekasih awal dan terakhir..cinta yang tidak akan diberikan kepada orang lain selain TUHAN dan keluarga…cinta pada seorang lelaki...aku menginginkan lelaki yang begitu memahami aku,menjaga aku da maruahku sebagai seorang wanita,mencintai aku bukan dari paras rupa,membawa aku supaya lebih dekat kepada-NYA…bukan aku memilih dalam soal jodoh,bukan aku inginkan seorang lelaki pendakwah,bukan aku inginkan lelaki yang cukup sempurna,aku hanya inginkan seorang lelaki biasa yang tidak menyesatkan aku..aku inginkan lelaki yang bisa meruntuhkan tembok batu yang membuatkan aku sukar untuk mencintai lelaki dengan sepenuh hati..yang mampu menggetarkan naluri hatiku saat kau muncul dalam hidupku…hanya itu yang aku mahu..

Impianku terhadap masa depan – aku inginkan kehidupan yang lebih terjamin…aku tahu aku tak boleh pergi lebih tinggi dengan kelulusan yang aku ada…tapi aku mahu buktikan bahawa aku juga boleh berjaa walaupun aku tidak layak untuk belajar di menara gading…walaupun kini aku sudah bekerja,namun impian aku satu hari nanti aku ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya…insyaallah aku akan buktikan bahawa aku juga boleh berjaya seperti kawan-kawanku yang lain…mungkin impian aku tuk menyambung pelajaran tidak tercapai,tapi ia tidak mematahkan semangat aku tuk terus berjaya..aku tidak akan cepat berputus asa…

Impian terhadap diri sendiri – apa yang aku inginkan adalah perubahan dalam hidupku..aku tak mahu jadi seorang wanita yang lemah,yang cengeng,mudah putus asa,tak percaya pada cinta…segala yang negative ingin aku buangkan agar aku dapat membina diri aku yang baru..tapi bukan lah berubah segalanya,hanya sikap-sikap buruk aku yang tak terkecuali suka marah-marah nieyh tak terkawal hope dapat kawal sikit la kemarahan 2..aku yang suka menengking2 nie hope dapat buang la sikap buruk 2..aku tetap aku,tidak akan berubah dari segi rupa..huhu..tambah dosa je lau aku wt pembedahan nieh…bersyukur dengan ciptaan yang TUHAN berikan..hee…

Impian yang terlalu tinggi tuk dicapai – bawak family g umrah…insyaallah law ade rezeki dan umo panjang fi akan bawa family g Tanah Suci…yang bawah nie adalah antara-antara impian yang tah abad bila baru leyh dapat..

porsche

rumah gedek mcmnie berabad nak dapat..

nak p bulan madu kat kota PARIS bersama suami yang tersayang..

randy pangalila sentiasa dihati..huhuhu..
ok da..yang bawah sekali memang da merapu...ok bubye...

8 org sdg potpet! potpet!!:

aimanayie said...

siapa randy. .? artis.. ? awt tak kenai pun >.<

owh,,, btw,, all the best dlm mncapai cita2 kau.. espceli 4 usahawan berjaya tuh! again, goodluck!!

TeAqArH said...

wah.....masing2 punye impian...
samada tercpai ke idak,itu bergntung pd usaha kite an fi....tp atas kehendak DIA juga....same2 la kite usahakan agar impian kite ni tercapai.....
amin amin ya RABB

Unknown said...

@Arif Aiman

hehe..randy 2 artus indon la..hehe..

amiinnn...thankz 4 your supporting..
moge arif juga berjaya capai pe yang arif impikan... :)

Unknown said...

@TeAqArH

betul3..
tue sume terletak pada ketentuan TUHAN dan kite hanya mampu berusaha tuk mencapai segala impian yang kita impikan...
amiinnn...
harap impian kita semua terlaksana

azwashamsuddin said...

uihh..gmbr elang tu..tak leh blah yu haha :p

Unknown said...

@whitelover

huhuhu...mestila..kekasih hati..huhu...

amlyn chuuky said...

wah.. panjang nyer..
menjela... hehehe..
tpi y pic y last tue memang x tahan..
hahhaha..

Unknown said...

tggi siot impian tuh...harap2 tercapai ek