Geng Gajusss n Gojess ;)

Tuesday, May 10, 2011

Lupakan aku

Kasih ini takkan pernah luput dari ingatan dan takkan ku lontar segala kenangan yang kita telah lalui ketika kita bersama… aku mahu kau mengerti dengan keputusan yang telah aku berikan..bukan kerna aku tidak menyayangi dirimu, tetapi aku tidak sanggup melukai hatimu lagi..janganlah kau anggap segala kata-kataku ini sebagai satu gurauan mahupun rajukan yang selalu aku lakukan saat kita menghadapi pertengkaran..kali ini  aku tekad dan ini adalah keputusan yang terbaik untuk kita..

Bukan aku tidak menyayangi hubungan yang telah kita bina,namun andai kita meneruskan hubungan ini hanya kerna sayang dengan hubungan ini ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan diantara kita berdua..maafkan aku dengan keputusan ini…

Aku mengambil masa yang lama tuk aku memikirkan jalan terbaik untuk hubungan kita..aku tidak sanggup menipu diriku lagi dan mengecewakan dirimu dengan cinta yang aku beri..biarlah kau mahu mengatakan aku perempuan apa..sesungguhnya aku sudah cuba tuk mencintai dirimu,tapi aku tidak berdaya tuk meneruskan lagi..dengan segala dugaan yang kita lalui,dengan segala kepahitan yang kau rasai,aku amat yakin dengan keputusan ini..aku melepaskanmu dengan hati yang ikhlas..

Maafkan aku kerna mengambil keputusan sedemikian rupa..dirimu akanku kenang bersama kenangan yang terindah..akan ku semat memori bersamamu dilubuk hati yang paling dalam..walau hubungan sebagai pasangan kekasih tiada lagi,namun aku tetap akan menganggapmu sebagai teman…ku mohon kau lupakan aku..